" MENDEPANI CABARAN KEARAH PENDIGITALAN "
" MENDEPANI CABARAN KEARAH PENDIGITALAN "
Nama Kesatuan yang telah ditubuhkan pada tahun 1959 dengan nombor pendaftaran 13 dengan nama Government Medical and Health Employees National Trade Union (1959). Pada 9 Oktober 1979 nama Kesatuan telah diubah kepada Kesatuan Kebangsaan Pekerja – pekerja Perubatan dan Kesihatan Semenanjung Malaysia. Pada 1 Mac 2010 nama Kesatuan sekali lagi ditukar kepada Kesatuan Kebangsaan Pembantu Perawatan Kesihatan Semenanjung Malaysia (yang akan disebut “Kesatuan” di dalam ini).
Memastikan setiap ahli mendapat maklumat serta menjadikan pegawai-pegawai dan jawatankuasa yang dipilih bertanggungjawab dalam setiap tugasan yang diamanahkan.
Menjadikan kesatuan sekerja ini sebuah kesatuan yang disegani serta mengutamakan kebajikan ahlinya dengan berlandaskan peraturan.
"Memastikan pergerakan kesatuan dan ahlinya seiring dan bersama dalam mencapai satu tujuan demi kebaikan bersama."
Memajukan Kepentingan Ahli: Menyatukan pekerja untuk memajukan kepentingan bersama dalam aspek perusahaan, kemasyarakatan, dan pengetahuan.
Menyokong Gerakan Pekerja: Bekerjasama dengan badan atau pertubuhan yang sah untuk memajukan kepentingan pekerja dan kesatuan sekerja.
Memajukan Kebajikan & Pelajaran: Meningkatkan taraf kebendaan, sosial, dan pendidikan ahli melalui saluran yang halal dan munasabah.
Memperjuangkan Hal Ehwal Undang-undang: Menganjurkan pembaharuan undang-undang demi kebajikan ahli kesatuan dan pekerja amnya.
Tindakan Sah Sisi Undang-undang: Melaksanakan sebarang usaha dan pekerjaan yang sah di sisi undang-undang bagi sebuah kesatuan sekerja.
Gaji & Syarat Kerja yang Adil: Memperoleh serta mengekalkan sukatan gaji yang adil, keselamatan pekerjaan, dan syarat kerja yang berpatutan.
Keharmonian & Penyelesaian Perselisihan: Mengatur perhubungan yang baik antara majikan dengan pekerja, serta menyelesaikan sebarang konflik secara persahabatan dan bermuafakat.
Bantuan Guaman Pekerjaan: Memberi khidmat bantuan guaman kepada ahli berkaitan isu pekerjaan dengan persetujuan Majlis Jawatankuasa Tertinggi.
Bantuan Krisis & Penganiayaan: Menghulurkan bantuan kewangan seperti bayaran ketika ahli teraniaya atau menghadapi pertikaian kerja.
Penerbitan & Media Kesatuan: Mengarang, mencetak, menerbitkan, dan mengedarkan bahan bacaan atau surat khabar untuk faedah ahli.
Tabung Kumpulan Wang Kebajikan: Mengadakan tabung kebajikan khusus tertakluk kepada kelulusan dan pendaftaran rasmi pihak berkuasa.
No. 72, Tingkat Atas, Taman Sena Indah, 01000 Kangar, Perlis.